Air Terjun lata Iskandar; Air Terjun yang menyegarkan
Air terjun lata Iskandar terletak 15 km dari Pekan Tapah melalui Jalan raya Tapah ke Cameron Highlands, 85 km dari bandaraya Ipoh. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi Pekan Tapah.
Lata Iskandar mempunyai pemandangan yang indah serta hutan yang mengelilingi kawasan ini memang hijau dan menyegarkan mata memandang.
Di sini juga terdapat pelbagai gerai dan kedai-kedai cenderamata. Ada di antara gerai tersebut diusahakan oleh orang asli yang tinggal di sekitar kawasan ini.
![]() |
Bazar kraftangan orang asli |
Kepada mereka yang sangat menggemari seni kraftangan, di sini terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli.
Deretan gerai-gerai juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun dengan menyediakan jualan minuman dan makanan ringan untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar.
Antara kemudahan yang terdapat disini ialah tandas awam dan pondok wakaf untuk pengunjung berehat sebelum menyambung perjalanan ke Cameron Highland mahupun turun ke pekan Tapah.
![]() |
Pemandangan di sekitar lata Iskandar yang menghijau |
![]() |
Udara yang segar dan nyaman |
No comments:
Post a Comment